Pengikut

25 Oktober, 2015

Menanam Kesum alahai cik som

Alhamdulillah percubaan kali kedua menanam cik som akhirnyer menjadi..
dgn berbekalkan modal dua ikat cik som rm1.00, besen rm3 dan tanah merah sedia ada..

Rendam dulu pucuk cik som bagi memastikn cik som maintain segar..


kemudian cucuk saje ke dalam besen yg telah diisi tanah merah dan air yg dibiarkan bertakung..

Daun cik som akan layu tp akan kembali segar pada hari kedua..
lepas tu maintain penjagaan mcm biasa..yg pnting air sbb cik som suke kelembapan..

Cik som yg alin biarkan seratus peratus dibawah matahari 
akibatnyer dauk cik som mengering di hujungnya..
pembesaran daun cik som tidak sekata..

Alynn try alihkan ke bawah porch dalam masa kurang dr seminggu semua daun cik som kembali menghijau dan merimbun membesar dgn sekata..
alhamdulillah seronok sgt..

Sesiapa yg berminat nk tanam kesum especially 
mrk2 yg tinggal dibandar boleh lar mencuba kaedah ni..

16 Oktober, 2015

Our Breakfast By Mr. Asben

Rasanye masih belum terlambat utk alynn mengucapkan Salam Maal Hijrah..
semoga kehidupan kite semua lebih diberkati dan sentiasa dibawah perlindungan Allah swt ameen..

Cuti sempena Maal Hijrah kami berkesempatan utk balik ke Sendayan..
dpt lar pagi tu alynn bermesra dgn tanaman kesayangan..tgk2 apa yg patut sambil menunggu mr asben menyiapkan breakfast..mr asben yg volunteer, walau sekadar roti telur plus daging cincang xtra mayonis tp air tangan mr asben semua pun jd sedap kan..alhamdulillah 

Mamarazzi sempat snap piccas mr asben hihi..

13 Oktober, 2015

Throwback : Alynn's Kitchen Garden

Terjumpa post blog yg lama tahun 2012..
seperti yg alynn pernah bgtau minat nak bercucuk tanam ni sejak dulu lagi..
tp disebabkan kami ni blk ke rumah weekend shj lama2 tanaman pun merajuk..
kurang kasih syg dan akhirnyer kiokkk wasalam..skrg ni bercita2 nak ada pokok daun kunyit yg lebor2 dedaunnyer rupenyer alynn pernah ada pokok daun kunyit yg boleh tahan ler lebor gak dedaunnyer..kalau nk di comparekan dgn daun kunyit yg ada kat rumah mk skrg ni lahai..
tapi tak per semua ni membuatkan semangat semakin berkobar2 haha..

alynn share tanaman alynn dolu2..full entry click sini
antaranya pokok anggur, limau purut, pisang, daun kunyit, bendi, keladi dan pegaga jepun.

boleh nmpk keadaan tanah yg agak kering kena selalu siram kalau tak fhm2 sendiri lar..
skrg alynn n husband usahkan semula kitchen garden..semoga dipermudahkan..amin..


#adadiantarapokokdalampicniygmasihsetiaberbakti
#walaukamisepertimelupakannya
#semogaterushidupsuburdgnkasihsygkamiskrg

Luncheon Nasi Arab Mandhi

Weekend luncheon dgn nasi arab..dah lama tak masak2..maksudnyer tak masak yg lain dr kebiasaan..teringatkan pes nasi arab yg dh lama alynn beli tp tak masak2 jugak hihi..
nak perap ayam takder kerajinan kebetulan ada voucher ayamas rm20 jom ler kite ke ayamas sajork..alynn beli sekor ayamas percik dan sengah ekor ayamas blackpapper..

Ahamdulillah syukur atas rezeki allah..
Nasi arab, Sambal hijau dan salad homemade..

Alynn share pes nasi arab yg alynn gunakan sepeket rm18..



10 Oktober, 2015

Cekur, Daun Kunyit, Pegaga, Kunyit Hitam Dari Opismate

Seronoknyer biler opismate a.k.a kyt bgtau nk bg pokok daun kunyit..pokok daun kunyit yg ada dekat rumah tak berapa nk membesar dgn jayanyer..dgn harapan lepas jumpa geng pokok daun kunyit alynn membesar bagai juara..amin..

Seronok bercampur teruja sbb bukan shj dpt pokok daun kunyit tp dpt sekali dgn cekur biasa, cekur batek, pegaga kg dan kunyit hitam..thanks kyt..

Ini lar pokok pemberian kyt..semoga hidup subur dibwh penjagaan alynn..

06 Oktober, 2015

Menyemai Benih Sayur, Selasih dan cili

Bekas telur nk dibuang syg, En. Hubby suruh bersihkan (bekas telur dh selamat dlm tong sampah haha..) nk semai benih sayur katanyer..Bekas telur diy hidroponik. En. Hubby semai sayur yg sama..bayam, bendi..

Dan percubaan entah ke berapa puluh kali menyemai pokok cili..try tabur jew benih tak der perkembangan..semai elok2 dlm pot kecil pun sama jugak at last en hubby try semai..rendam dulu benih yg kami beli amik benih yg tenggelam, benih yg terapung maknanyer benih kosong kalau tanam pun mmg takkan menjadi..ok dah try tgk hasilnyer nanti..

Pembantu yg sedia membantu..


Juga pertama kali menyemai pokok selasih..ada jugak benih selasih yg alin tabur pd tanah berhampiran dgn pokok induk tak tau lar menjadi atau tak..selalunyer kecundang so en hubby try semai dgn penuh kesopanan kesusilaan haha..harapnyer ada lar yg menjadi..

Pokok selasih yg alynn tanam bersebelaham dgn pokok cili kuning..

Bunga selasih utk dijadikan benih..
Kredit kpd kyt sbb tunjukkan biji selasih yg ada pada bunga selasih ni..
tanam jew biji selasih ni kan kak betul kew??

Biji selasih yg telah dikeluarkan dr bunga..
en hubby try rendam biji selasih wangi letak dlm sirap pun sedap kan?

#semogamenjadi
#tumbuhawgarbagaijuara

05 Oktober, 2015

Tumbesaran Benih Air Tangan Hubby

Al kisahnyer sejak dua menjak menjadi ahli kebun bandar : jom tanam sendiri semangat nak bercucuk tanam semakin berkobar-kobar hihi..semangat beli benih itu ini dan akhirnyer yg menyemai benih adalah en.hubby..thanks yang krn merealisasikan hajat isterimu ni..

Ada 4 jenis benih yg en. Hubby semai lupe nk letak penanda sudahnyer sayur apa yg membesar ni pun tak pasti sayur apa haha..cuma yg cornfirm adalah pokok bendi sbb dulu pernah tanam bendi..

Benih yang baru berusia 4 hari selepas disemai..en. Hubby tak letak bnyk anak benih dlm satu pot katanya senang nanti nk alihkan ke pasu besar..baek boss hihi..

Benih berusia 7hari / 1 minggu..
Jelas kelihatan pokok bendi..
Bekas ala2 diy hidropnik ni en hubby yg buat tp kena selalu pastikan tiada jentik2 tau..

Lattest pic 3 Okt yg lalu..
Pokok bendi tunggu ms dan tmpt yg sesuai utk dialihkan..cuma satur dlm bekas pink tu tak pasti sayur apa tp tumbesaran nyer lemah gemalai maybe mmg jenis sayur ni amik masa nk membesar..

#berbudipadatanah
#semogadptmerasasayurairtgnsendiri
#amin

01 Oktober, 2015

Pokok Pudina Perlukan Cahaya

Selepas berjaya membiakkan daripada satu pasu pudina kepada 4 pasu pudina alynn 
dpt detect pudina merupakan tumbuhan yg memerlukan cahaya..

lihat pic pokok pudina dibawah..
Semua daun pudina senget kearah pencahayaan matahari sbb ms ni alynn letak pudina di bawah porch takot kalau letak direct matahari pudina yg baru nak membesar akan patah biler hujan lebat. Nmpk tak cantik pudina tumbuh senget haha..

Kemudian alynn letak pudina direct matahari dgn harapan pudina kembali tegak semula..hasilnya semua pudina kembali tegak..ni salah satu pasu pudina a.k.a pasu pudina pertama yg alynn biakkan.


Daun pudina juga semakin melebar dgn jayanya..happy sgt..
daun yg melebar ni cadangnyer nk biakkan dua bekas lagi nak bagi opismate..


#alhamdulillah

27 September, 2015

Hasil Pokok Cili Tanamanku

Alhamdulillah dah 3 minggu alynn menanam pokok cili..daripada sejenis pokok cili dr cameron alin beli lagi pokok cili dan sekarang alynn dah ada 4 jenis pokok cili berlainan jenis..
semua pokok cili alynn tanam di Rumah Sendayan..harap2 nyer pokok cili membesar 
tanpa serangan makhluk perosak amin..

Selalu nyer pokok cili yg alynn beli sebelum ni hanya merasa sekali tuaian maknanyer biler kite beli pokok cili sememangnyer sudah sedia berbuah dan sebelum dialihkan ke pasu yg lebih besar tuai dulu cili yg sudah matang..lepas tu pokok cili alynn tak dpt diselamatkan lgi..mengering layu diserang bena, semut daun menjadi hitam dan akhirnya tak dpt diselamatkan..huhu..

Tapi kali ni keterujaan berganda sebab sejak 3 minggu yg lepas sudah tiga kali tuaian cili tak pernah putus..alhamdulillah..smlm blk dr beraya di melaka alynn sempat singgah sendayan utk melihat pokok tanaman setelah 2 hari ditinggalkan..alhamdulillah semua nyer masih subur.

Waktu mencemburui hari menginjak senja dlm kesempatan yg ada alynn sempat harvest cili yg nmpk dipandangan mata kasar..yg tersorok tu mybe next time harvest..

Hasilnya :
Walaupun tidak lar begitu bnyk tp dah cukup menggumbirakan hati ku..hihi

Hero Mama

Belek2 pic gallery dlm phone terjumpa pic hero alynn..
lattest pic raya aidiladha kedua..syg sgt saper tak syg anak kan? Hihi..

Abg danish..

Pembantu setia pantang nmpk mama replant rose jepun mesti nk tlg cucuk..
mama buat lubang abg tlg cucuk kan..thanks abg..


In sha allah biler rose jepun ni dh gemuk subur boleh bg nenek bachang sepasu dua..

#permatahati
#qualitytime

Percubaan Menanam Pokok Kesum

Kali ni alynn try utk menanam pokok daun kesum..percubaan pertama membiakkan pokok kesum. Pokok induk dari kyati. Thanks kak. Tp pokok semakin hari semakin mengering walaupun tiap2 Hari siram huhu..sedih sgt.. Tak nak kehilangan pokok kesum alynn try tanam semula. Oleh kerana pokok kesum sgt sukakan air dan panas matahari. Alynn try alihkan pokok kesum kedalam pasu tanpa lubang supaya air boleh dibiarkan sedikit bertakung. 

Mari lihat hasilnya..

First pic hari pertama alynn cucuk pokok kesum dr kyt dan lebihan daun kesum mak yg tak digunakan lagi..tp semua pun dah layu huhu..

Second n third pic rupa pokok kesum selepas hampir seminggu di semai..alhamdulillah boleh nampak perubahan walaupun tunas2 baru masih muda..
at least bg semangat pd alynn utk terus menanam kesum..

Ni pokok kesum yg alynn dah bersihkan daun2 yg tak berjaya survive tinggalkan yg menghijau shj..

#ciksomohciksom
#semogahidupsubur
#senangnantinakmsklaksaasampedas

21 September, 2015

Replant Rose Jepun

Sesehari nk replant rose jepun tp tertangguh..biler bersemangat pasu takde..tanah takder terus takder mood..cuti satu Malaysia kami terjah nursery dekat seremban beli pasu beli tanah..

Tu dia tanah organik, tanah itam dan tanah jenis berpasir semua sekali rm50.

Blk rumah terus replant rj yg ada..dapat 6 pasu kesemuanyer..rose jepun jenis carnation merah, kuning, peach, oren dan purple.

Close up sket..

Alynn beli pasu seramik jenis lebar.. campur-campur warna..pasu kiri baru tanam cuti satu malaysia. Pasu kanan tanam seminggu lebih awal..

#seronoknyer
#taksabarnaktunggurjmembesar
#smlmtgkdahnaikdaunbaru

Minum petang di Hari minggu

Salam monday bluess..
Anak dah start cuti mama plak rasa mcm nak cuti sekali haha..minggu yg lalu kami berehat di Sendayan..hari sabtu nyer kami pergi ke pesta tanama agro apa tha namenyer lupe hihi..
dekat jew kat paroi seremban..nanti alynn update lain k..hubby beli pisang goreng so pg ptg ler mkn pisang ngeee...pg pisang goreng semata tp ptg tu teringat resepi cicah kicap dr kyati kebetulan ada cili padi dr pokok yg alynn baru beli..lawan plak dgn air kopi..seronoknyerr..

hasil tuaian cili..cili kuning dan hijau panjang tu masa beli dah berbuah banyak..
harap2 nyer berbuah lar lagik..amin



pisang goreng..cicah kicap cili padi..air kopi..


18 September, 2015

Gardening Time di Hari Cuti Malaysia

Jerebu masih lagi jerebu tp tak lar seteruk hari2 sebelumnya mmg tak leh nak kuar rumah..alhamdulillah pagi di hari cuti Malaysia jerebu semakin berkurangan so dpt lar alynn melaksanakan misi bercucuk tanam..semangat menanam ni mmg dari dulu walaupun selalunyer tak berjaya tp tak pernah berputus asa..selepas mengalihkan pokok cili cameron pokok yg hubby alihkan ketanah adalah pokok pandan, mulberi dan dua jenis pokok limau kasturi dan limau nipis..dah bertahun beli tp tanam dlm pasu mcm tak berapa nk menjadi so alynn nk try tanam dekat tanah..harap sgt menjadi amin..

Aktiviti bercucuk tanam kami diserikan dgn pertolongan anak2..baby D dan abg danish ngeee..erkk sebenarnyer anak2 ni bukanlar menolong sgt tp lebih kpd mengacau huhu..lebih2 lagi baby D ug dah pandai nak main pasir hasil daripada tunjuk ajar abah nyer..grrrr..

Alynn pic anak2 gardening kononnyer....


Kemain happy lagik dpt main tanah..berpeluh sakan..hihi

Cakkkkk..

#moodbercucuktanamkembali
#rosejepuntakkandilupe
#semogaberjayaamin

16 September, 2015

Menanam Daun Pudina

Pertama kali beli pokok pudina di Cameron Highlands..daun lebat dan lebar mmg sihat sgt pokok pudina di Cameron..selepas beberapa minggu pokok pudina semakin panjang dan akhirnyer mengering..melalui pembacaan pokok pudina perlu dipotong btg dan daunnyer utk menggalakkan pertumbuhan daun baru yg lebih lebat..

So, second time hubby beli pokok pudina dekat tesco sepasu rm10.55. Boleh tahan sihat walaupun tak sesihat pokok pudina ms beli kat Cameron..


Petik beberapa helai dan di masukkan kedalam air teh utk penambah perasa mint..letak sket tak rasa letak bnyk sket baru best..


Feel freshhh..

Ok seterusnya nk memastikan pokok pudina yg sedia ada tak pupus sekaligus membiakkan pokok pudina daripada satu pasu kedua pasu ketiga pasu.. seronoknyer kalau menjadi.. doakan yerr..

Melalui pembacaan pokok pudina boleh dibiakkan melalui keratan batang..jom try!! Kena luruhkan dedaun pudina sampai tinggal batang shj. Then cucuk terus ke tanah..


Menjadi ker?? Huhu..Tak menjadi laa..btg mengering akhirnyer mati..tunggu jugak mana lar tau kan lambat sket mengeluarkan tunas baru..tp tunggu nyer tunggu tunas baru tak jugak muncul.. Tak berputus asa kali ni alynn try potong 4 batang pudina tanpa meluruhkan daun pudina then cucuk kedalam pasu yg sama..

Hasilnyer..
Boleh dilihat dgn jelas 4 btg pudina yg dicucuk mengeluarkan tunas baru dibhgn pucuknya..

Tunas baru juga kelihatan di btg pudina. Owh ya alynn menggunakan pasu yg tidak berlubang utk mengekalkan kelembapan tanah bg mengelakkan pudina kekeringan diwaktu jerebu dan musim panas..

Notajarijemariku: lepas ni nak guna kaedah yang sama utk menanam pokok kesom pemberian opismate..

12 September, 2015

Pokok Cili Padi Cameron

Pokok cili lagi..tak pernah putus asa..tak tau lar kali brp sebenarnyer alynn dah tanam pokok cili tak pernah menjadi..dan kali ni kebetulan opismate g cameron alynn kirim lagi pokok cili padi biasa dan cili purple..thanks iman..

Jom cuci mata dgn pokok cili padi ug didtgkan khas dr cameron gituuu..

Pokok cili purple tak sempat nk snap gambar yg hado ni pokok cili padi biasa..Lebat kan pokok dan buahnyer..hari yg sama jugak alynn harvest buah cilinyer..jenuh sbb buahnyer mmg banyak siap bahagia 4 dgn opismate dptler merasa sama keenakkan cili padi cameron..hihi


Tu diaa buah cilinyerr..

Alynn plan nak asingkkan pokok cili ni..harap lar ada kelapangan masa..

25 Ogos, 2015

Mengalihkan Rose Jepun Yang Berkongsi RUmah (part 2)

Ok jom alihkan rose jepun yg berkongsi pasu..apa jenis rose jepun ni alin sendiri pun tak pasti..kebanyakkan rose jepun yg berkongsi pasu ni alynn beli melalui keratan batang..pasu terhad so alynn campurkan jew hehe..biler dh berbunga baru lar perasan lain jenis hehe..yg menjadi pun tak banyak so kena lar alihkan cepat2 huhu..

Nmpk mcm lebat kan tp yg lain2 nyer jenis lain..

Hasil selepas alynn asingkan pasu..dpt sepasu besar dan kecik..

#inirosejepunjenisapaeh?

23 Ogos, 2015

Jom ke Ikea sale!!

Last week ke ikea dgn opismate..next week nyer ke ikea lagi dgn en hubby pulak..ada beberapa misi yg belum tercapai..plan nk beli alas kerusi dan meja dinding serbaguna..misi ke ikea hampir2 tak tercapai sbb ptg tu lepas kerja kl hujan lebat selebat nyer..en hubby yg amik alynn guna motor ke opis dan plan nk naik kereta ke ikea tergendala..3 kali berhenti ermm sabar je larr..

Selepas maghrib cek waze kalau jalan ke ikea jem maknanyer batal lerr huhu..tp waze map menunjukkan 20 minit ke ikea biar betul nii..en hubby ajak try kalau dipertengahan jalan jem kami terus blk seremban lerr jawabnyer..alhamdulillah jalan smooth ke ikea..masuk jew ikea org lain rilek kami laki bini menggigil kesejukkan gggrrrr..

Terkezutt sbb kebanyakkan brg sale habiss..brg2 yg kami tgk last week nyer habis dorang dah gantikan dgn brg lain..alas kerusi yg diidamkan pun habis ..semua warna licinnn..huwaaa..Meja dinding serbaguna ada itupun tinggal 3 ketul jew..

Dalam pada kehabisan satok brg2 sale 2 troly jugak alynn ngan hubby menolak ngeh..ngeh..dan bukan brg alin sorang taw..ada kiriman dari opismate kyt n iman juga dari adik dan mak..


Hasil tangkapan-
Meja dinding serbaguna rm179
Kerusi rm10
Gelas 6 unit rm3.50
Kotak buku
Hanger pink
Besi ampaian size kecil
Penyangkut S

Adik n mak-
Cermin panjang rm129
Jam dinding rm69
Pot kecil warna merah

#masokikeabasahkeluarikeakeringhaha

Ikea sale sehingga 23 Ogos 2015

Ikea sale??
Dpt info melalui FB..pucuk dicita ulam mendatang opismate ajak g ikea..
huwaa nanges sbb dpt g ikea terharu sgt2..tq nad i lap u lahh..

Last g ikea akhir tahun lepas..erk lamanyer..so boleh ler membeli sket2 kan hehe..
mmg rambang bijik mata..kena pandai pilih brg yg offer tu mmg kena beli kalau dh berkenan jgn tunggu2 nanti nanges..cite bab nanges next entry k..haihh, kalau boleh semua pun nak dibeli..tp memandangkan ke ikea pun unplanned so membeli pun kena mengikut budget yg hadoo..

Op..op jgn terkejut tgk troly penuh..bukan brg alynn seorang tp brg2 ni kongsi ber3 
(alynn, kyt n iman) accept bantal seketul tu utk makyong..

Alynn beli-
para hitam rm9.90
frame kayu rm5.90
Gelas 6 biji rm3.50
Pinggan, mangkuk, cawan, sudu garfu colourfull setiap satu berharga rm5.90
Ok cukup..next planned nak beli alas kerusi makan tp kena pergi dgn hubby turun harga nanges mak..harga asal rm19.90 after less rm10!!

Luncheon di Rumah Mertua ku..

Dah lama rasanyer tak blk melaka..sejak family mertua dtg beraya ke seremban 3 minggu lepas..last week plan nk blk tp tak jd sbb en hubby tak berapa sihat so rest kt sendayan jew..seronok sbb dpt spend time dgn family..sambil tu dpt ler kami melaksanakan misi2 mendecorate rumah dgn brg2 ikea yeayy!! Opps..hari ni last day ikea sale..sesape yg berdekatan masih belum terlambat cepat terjah!!

Ok oleh krn kami dah lama tak blk melaka..3 minggu je pun..bg kami lama sbb sepatutnyer selang 2 minggu kami akan blk melaka..melaka tak jauh mana pun kan so boley lar kerap blk jenguk insan tersayang..mertua masak best..alynn?? Alynn asistant jew tlg sediakan apa yg diperlukan hehe..

Apa menunyerr?? 
Breakfast mee bandung
Menu Lunch rendang cili padi ayam kampung, ikan duri masak asam pedas dan sambal goreng campur..
Alhamdulillah..

#nexttenaktrymasakmeebandungresepimeetuaku

Lontong Vs Laksa untuk tetamu penghujung Syawal

Bersiaran dihujung minggu esok keje huwaaa..kalau boleh nk sambung cuti erkk..

Ok lar, penghujung 30 Syawal ada lagi tetamu yg sudi bertandang keteratak kami..family maksu adik bongsu mak dan   Member en hubby dari melaka..

Menu?? Simple yg penting kenyang..alynn masak lontong nasi impit plus sambal bilis air tangan mak dan laksa..Laksa lageyy..haha..last 2 week family en hubby dtg tak sempat nk merasa laksa sendiri so kali ni boley ler lepas geram haha..

Jom lar alynn tayang gambo lontong ngan laksa..

 
Vs 


#seronoksbbdptasahskillmemasak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...